Rabu, 19/11/2008 –
MP Jamal Al-Khudari, pemimpin sebuah jawatankuasa yang menentang pengepungan, menganggap hasrat Israel untuk membuka simpang Karem Abu Salem dan membenarkan 30 buah trak membawa bantuan dan bekalan makanan sebagai satu pengabaian kepada rayuan antarabangsa.
MP Khudari menyatakan keengganannya berurusan mengenai Gaza yang merupakan satu kawasan yang tidak memerluakn apa-apa melainkan bantuan dari semasa ke semasa, keperluan untuk membangun dan membuka sepenuhnya semua lintasan Gaza agar bumi Gaza dapat hidup dalam kebebasan.
Penggubal undang-undang memberitahu bahawa bantuan yang diberikan adalah tidak mencukupi, Gaza memerlukan lebih dari 2000 buah trak untuk mengatasi krisis mutakhir disebabkan oleh penutupan yang berlaku.