Categories
Berita Semasa

Mishaal bertemu Setiausaha Liga Arab di Damsyik.

Rabu, 19/11/2008 –Khaled Mishaal, pemimpin tertinggi Pergerakan Hamas petang Ahad lalu bertemu dengan Setiausaha Liga Arab, Amr Mousa di Damsyik bagi membincangkan perkembangan Palestin terutama alasan menggantung dialog kebangsaan sebelum ia dimulakan.

Sumber-sumber Palestin yang boleh dipercayai di Syria berkata Mousa berbincang dengan Mishaal bagi menyelesaikan perselisihan dalaman Palestin.

Mohammed Nasr, ahli biro politik Hamas berkata dalam satu kenyataan akhbar memberitahu dua jam mesyuarat itu sungguh “konstruktif, positif dan membuahkan hasil”.