
Jumaat, 04-11-2022 – Lebih 1,200 serangan dilancarkan Rejim Zionis dan kumpulan pelampau terhadap penduduk Palestin dan kawasan penempatan sejak bulan lalu.
Laporan bulanan Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan pada Selasa mendedahkan tentang 224 serangan yang berlaku di Al-Khalil, manakala 220 lagi di Nablus dan baki 201 di Ramallah.
Laporan tersebut turut merekodkan 254 serangan peneroka dalam tempoh sama, termasuklah 111 serangan di Nablus dan 50 di Ramallah.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ