Lebih 130 penceroboh Yahudi cemari al-Aqsa di bawah jagaan polis

Jumaat, 04-11-2022 – Berpuluh-puluh penceroboh ekstremis Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis mencemar masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi hari Rabu dan kemudian pada sebelah petang hari sama.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 136 orang penceroboh memasuki masjid tersebut secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis.

Semasa lawatan mereka di tapak suci umat Islam itu, para penceroboh menerima ceramah daripada para rabbi tentang dakwaan gunung kuil dan beberapa daripada mereka melakukan solat mengikut ajaran Talmud secara provokatif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan