Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang kenderaan warga Palestin di utara Baitulmuqaddis

Isnin, 07-11-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi merosakkan tayar 23 buah kereta warga Palestin di utara Baitulmuqaddis pada Khamis.

Mereka menetak tayar kereta-kereta itu ketika serbuan pada waktu subuh di kejiranan al-Burj di kampung Beit Iksa, demikian menurut saksi mata.

Para saksi menambah yang pendatang-pendatang menconteng tembok dengan slogan perkauman yang menyeru agar warga Palestin diusir dari kejiranan al-Burj.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati