Categories
Berita Semasa

Dua Tentera Zionis Israel Tercedera Ditikam

Isnin, 07-11-2022 – Dua tentera penjajah Zionis Israel tercedera, Khamis (3/11/2022), akibat insiden tikaman yang dilakukan seorang pemuda di Kota Tua Al-Quds yang diduduki penjajah Israel.

Sumber-sumber Palestin melaporkan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menembak pemuda yang melakukan tikaman di Pintu Majlis sewaktu pergerakan pasukan penjajah Zionis Israel di Kota Tua dan Masjid Al-Aqsha.

Pemuda tersebut terkena tembakan dan tercedera.

Pasukan penjajah Zionis Israel menutup pintu-pintu Masjid Al-Aqsa setelah insiden tikaman tersebut. Mereka mengawal jalan keluar yang dilalui oleh semua penduduk pendatang Yahudi yang menyerbu masuk ke kawasan Masjid al-Aqsha.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman