Khamis, 20/11/2008 –HAMAS menegaskan gencatan senjata tidak bererti tugas menjaga keselamatan rakyat Palestin turut dihentikan. Ini seperti yang diucapkan oleh wakil HAMAS, Dr. Fauzi Barhum. Beliau menegaskan Israel selalu merencanakan serangan terhadap rakyat Palestin.
Mereka sering memulakan tindakan provokatif bagi membolehkan mereka umtuk menggempur HAMAS. Gerakan Perlawanan Hamas menegaskan, gencatan senjata tidak berarti menghentikan perlawanan atau tidak boleh melindungi rakyat dari serngan musuh.
Sementara Israel terus menggelar aksi militer jika berkaitan dengan perlawanan Palestina dan Hamas. Barhum turut menegaskan inilah usaha Zionis-Israel yang sentiasa menghancurkan keinginan rakyat Palestin. Usaha-usaha ini kebanyakannya ditaja oleh Amerika.
Barhum mengisyaratkan, ada usaha yang dilakukan oleh beberapa parti politik Israel yang memikirkan bagaimana menghadapi Hamas. Israel juga telah memalui pengalaman pahit ketika menghadapi Lubnan. Israel kini dalam keadaan yang sangat terbatas dalam menghadapi Hamas.
Dalam hal berkiatan, penangkapan yang dilakukan oleh Mahmud Abbas terhadap ahli politik Hamas, adalah dalam rangka untuk menghancurkan gerakan Hamas, manakala Amerika ditugaskan untuk menghancurkan seluruh Palestin.