Categories
Berita Semasa

Pesakit akan mati di Gaza ?

Khamis, 20/11/2008 –Kementerian kesihatan di Semenanjung Gaza memberi amaran berdozen pesakit Palestin mungkin mati dalam tempoh setengah jam jika berlaku kebocoran kuasa di mana-mana unit rawatan intensif, jantung dan preterm bayi di hospital-hospital Gaza.

Dr Hasan Khalaf, pembantu timbalan menteri kesihatan menyatakan kerosakan generator utama bekalan elektrik di hospital Al Shifa telah menjadi ancaman bagi nyawa para pesakit di sana.

Dr Khalaf berkata terdapat banyak alat-alat perubatan memerlukan alat ganti bagi melakukan pembedahan semula di mana IOA menolak untuk membenarkan masuk alat-alat ganti tersebut yang diperlukan untuk penyenggaraan manakala Palang Merah pula gagal membawanya ke Gaza.