Rabu, 26/11/2008 –Beberapa buah kereta kebal dan jentera korek pada pagi Selasa menyerbu bahagian timur Khan Younis, selatan Gaza dan memusnahkan kawasan pertanian Palestin.
Saksi memberitahu media sebanyak 7 buah kereta kebal Israel dan beberapa jentera korek memusnahkan serta meratakan tanah pertanian Palestin.
Dalam perkembangan yang lain dalam sebuah majlis ringkas memperingati syuhada Palestin, MP Fathi Hammad berkata pergerakan mereka tidak akan berganjak walau sedikitpun daripada matlamat perjuangan yakni membebaskan seluruh Palestin.
Hammad menambah lagi Briged al-Qassam akan memperhebatkan pertempuran mereka terhadap Israel dan memberi amaran roket Grad mereka mampu memberi pengajaran yang tidak boleh dilupakan sekiranya kekejaman Israel masih berterusan.