Khamis, 27/11/2008 –Mohamed Akef, ketua pergerakan Ikhwanul Muslimin, pada hari Selasa menggesa rakyat Mesir menyertai konvoi bantuan ke Gaza yang sedang dikenakan sekatan oleh Israel sambil menekan betapa pentingnya penyertaan untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas dengan kejamnya.
Dr. Mohamed Habib, timbalan ketua 1 Ikhwanul Muslimin mengkritik tuduhan yang dilakukan oleh para pimpinan PA terhadap ahli ikhwanul muslimin adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dunia untuk menyembunyikan kesengsaraaan yang dialami rakyat Palestin di Gaza.
Tuduhan itu tidak berasas kerana desakan diberi kepada kerajaan Mesir bukan untuk membantu Hamas tetapi semua rakyat Palestin di Gaza sambil menambah kerajaan Mesir sedang menimbang untuk membantu Gaza.
Sebanyak 3000 pelajar dari Univeristy Zagazig menyertai demonstrasi aman mengutuk sikap diam diri Mesir dan negara Arab yang sedang mencengkam nyawa rakyat Gaza. Lebih 10000 pelajar dari Universiti Al-Azhar turut membantah keganasan Israel, penutupan sempadan Rafah, sikap memberi gas kepada Israel dan membiarkan rakyat Gaza kebuluran.
Dalam masa yang sama ulama Yemeni telah menggesa kepada semua media agar isu Gaza diberi liputan meluas sambil memberi cadangan agar negara Arab dan Islam yang lain membantu membina satu rangkaian elektrik yang menyambungkan Gaza dan Mesir.