Keluarga mohon tahanan dipindah ke hospital awam

Selasa, 13-12-2022 – Keluarga banduan Palestin yang diserang kanser, Nasser Abu Hamid telah meminta Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa bertindak segera untuk memindahkan Abu Hamid dari penjara Ramleh, Israel ke hospital awam.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata bahawa lawatan terakhir keluarga Abu Hamid hanya berlangsung selama sepuluh minit. Semasa lawatan itu, Abu Hamid diletakkan di bawah bantuan pernafasan dan segera dikeluarkan dari bilik lawatan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

PPS berkata, Abu Hamid telah kehilangan 90 peratus keupayaannya untuk bergerak. Ia menambah bahawa lawatan keluarga yang seterusnya dijadualkan pada 15 Disember.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan