
Selasa, 13-12-2022 – Beberapa rakyat Palestin cedera pada petang Selasa ketika serbuan Rejim Zionis di bandar al-Bireh dan Nablus di Tebing Barat.
Dalam satu kenyataan ringkas, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan bahawa tiga rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera akibat terkena peluru di bahagian bawah badan ketika serbuan rejim itu di al-Bireh.
PRCS menambah bahawa lima rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan manakala seorang lagi cedera terkena peluru logam bersalut getah ketika serbuan Israel di Perkampungan Usarin, utara Nablus.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar