Khamis, 27/11/2008 –Laporan siasatan yang disediakan oleh akhbar Israel, Haaretz, mendedahkan bahawa tentera Israel, di bawah arahan rasmi, boleh melakukan serangan mati terhadap pejuang-pejuang Palestin yang “dikehendaki” kerana mereka dianggap seperti “bom jangka” walaupun dalam sesetengah keadaan, tentera israel mampu menangkap sahaja pejuang-pejuang tersebut.
Laporan tersebut menyatakan pihak militari isreal telah meluluskan serangan tersebut walaupun tindakan mereka akan membawa kepada kemusnahan awam.
Haaretz berharap dapat menyiarkan laporan edisi penuhnya pada hari Jumaat ini.Laporan ini turut mendedahkan fakta tentang serangan yang menyumbang kepada jenayah perang.
Antara kandungannya, ketua militari israel akan menangguhkan serangan terhadap kumpulan pejuang yang berada di dalam kawasan lawatan oleh pegawai Amerika.
Laporan ini juga menyatakan bahawa tentera israel telah banyak melakukan serangan mati terhadap pejuang Palestin walaupun peraturan Mahkamah Tinggi & Keadilan Israel pada December 2006 hanya membenarkan ia dilakukan sekiranya pejuang-pejuang tersebut tidak dapat ditangkap.
Mahkamah mengarahkan tentera supaya mengurangkan atau mencegah daripada mencederakan orang awam Palestin jika melakukan sebarang serangan.
Sejak 2 tahun lalu, tentera israel telah melakukan banyak serangan terhadap pejuang Palestin di tebing barat dengan alasan bahawa pejuang Palestinlah yang terlebih dahulu menyerang mereka.
Contohnya, Ziad Malaysha, ahli Brigade Al-Quds telah dibunuh dalam serangan di tempat awam pada Jun 2007. Tentera israel bagaimanapun menafikan sebaliknya menyatakan bahawa beliau telah terbunuh ketika berbalas tembakan dengan tentera.
Pada 28 Mac 2007, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat Ya’er Neve, Komando Militari Division Tengah. Menurut Ya’er misi sebenarnya adalah untuk menangkap Malaysha, namun memandangkan isunya adalah berkenaan dengan pemimpin Jihad Islam seperti Waleed Obeid,Adham Younis dan Malysha, maka tenteranya diberi mandat agar “menghapuskan” sahaja mereka.
Kemudian, pada Aril 2007, satu lagi mesyuarat diadakan untuk isu yang sama dan memperuntukkan bantuan untk menghapuskan Malaysha dan pejuang-pejuang yang lain.
Neve berkata, dalam kes-kes tertentu sememangnya menjadi matlamat tenteranya untuk menyerang sehingga mati pejuang-pejuang yang menjadi sasaran mereka.
Samada pejuang tersebut menyerah diri ataupun tidak, tenteranya tetap melepaskan tembakan dan sekiranya pejuang tersebut bersenjata ataupun dikenalpasti sebagai “bom jangka” maka serangan mati di tempat awam dilakukan.
Seorang jurucakap tentera menyatakan bahawa tindakan mereka sebenarnya tidak melanggar undang-undang israel.Dia juga mengakui serangan mati yang dilakukan turut mengambilkira faktor politik dan keselamatan termasuk sekiranya terdapat lawatan antarabangsa.