Khamis, 27/11/2008 –Askar-askar penceroboh Israel Rabu lalu telah menembak secara membuta tuli terhadap sekumpulan kanak-kanak berhampiran lintasan sempadan Semenanjung Gaza di utara Beit Hanun (Erez).
Pusat hak asasi manusia Mizan dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak itu sedang mencari logam lama di kawasan perindustrian berhampiran dengan sempadan.
Sementara itu, di Baitulmuqaddis yang dikawal Yahudi telah merobohkan dua buah rumah penduduk Palestin pada Selasa lalu atas alasan membina kediaman tanpa permit.
Kedua-dua rumah itu telah diratakan tahun lepas dan tuan rumah membina semula untuk melindungi keluarga mereka, salah satu darinya diruntuhkan kerana ia terletak dalam laluan dinding pemisah di kawasan berautoriti Israel sebelah barat Baitulmuqaddis.