
Rabu, 14-12-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya berkata bahawa isu Baitulmuqaddis adalah keutamaan tertinggi bagi pergerakan tersebut sambil menekankan bahawa Baitulmuqaddis adalah teras perjuangan Palestin dengan penceroboh Israel.
Dalam sebuah rancangan televisyen pada ulang tahun ke-35 penubuhan Hamas, Haneyya berkata bahawa rakyat Palestin dan pergerakan tersebut akan terus mempertahankan Baitulmuqaddis dan masjid al-Aqsa sehingga tiada tempat untuk Zionis Israel.
“Pergerakan Hamas akan sentiasa menjadi peneraju dalam mempertahankan masjid al-Aqsa terhadap rancangan Yahudisasi Israel sehingga pembebasan penuh tanah dan kesucian Palestin,” kata pemimpin Hamas itu sambil menambah bahawa penentangan adalah satu-satunya cara untuk berhadapan dengan jenayah Israel.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan