
Khamis, 15-12-2022 – Pasukan keselamatan PA telah menjalankan kempen tangkapan dan siasatan besar-besaran semalaman dan pada pagi Selasa, menyasarkan aktivis yang bergabung dengan Pergerakan Hamas.
Tiga pelajar Universiti Birzeit telah ditahan selepas dipanggil untuk siasatan pagi ini, manakala beberapa tangkapan politik dilaporkan di bandar Beit Kahil, barat al-Khalil.
Awal Isnin, Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik di Tebing Barat melaporkan 142 pencabulan undang-undang PA dalam tempoh 48 jam yang lalu.
Pencabulan yang dilaporkan termasuk 27 tangkapan politik, 78 panggilan siasatan, 13 lanjutan tahanan, 18 serbuan rumah, dan 6 serangan terhadap wanita.
Sekurang-kurangnya sembilan pelajar telah ditahan, manakala 15 lagi telah dipanggil untuk siasatan semasa kempen itu.
Majlis pelajar Universiti Birzeit mengadakan bantahan duduk, menuntut tahanan dibebaskan segera.
Penangkapan politik juga menyasarkan bekas banduan di al-Khalil, Ramallah, Qalqilya dan Nablus.
Kempen terdesak PA dilakukan sempena kedatangan hari memperingati ulang tahun penubuhan yang ke-35 Pergerakan Hamas.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen