Categories
Berita Semasa

Israel keluarkan arahan berhenti kerja ke atas 18 binaan Palestin

Khamis, 15-12-2022 – Rejim Israel mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap 18 struktur kediaman dan kemudahan pertanian milik Palestin di barat bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Selasa.

Ketua majlis perbandaran Qarawat Bani Hasan, Ibrahim Assi berkata bahawa rejim tersebut mengeluarkan notis berhenti kerja terhadap rumah, bilik pertanian dan kilang milik Palestin yang masih dalam pembinaan di bandar Qarawat Bani Hassan di barat Salfit.

Minggu lalu, rejim Zionis mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap 10 rumah warga Palestin sebagai tambahan kepada struktur lain yang masih dalam pembinaan di kawasan timur dan selatan bandar Qarawat Bani Hasan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan