Categories
Berita Semasa

Hamas : Keputusan Menteri Luar Arab menghampakan.

Jumaat, 28/11/2008 –
Pergerakan Hamas Khamis lalu menyatakan bahawa keputusan yang diambil oleh menteri-menteri luar Arab ketika pertemuan mereka di Kaherah tidak memenuhi aspirasi penduduk Palestin dalam memecahkan kepungan dan mengenakan syarat-syarat dialog, sambil menunjukkan kebebasan ke arah dialog masih ada.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima PIC, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata mesyuarat itu sepatutnya membawa satu keputusan bagi menamatkan pengepungan sepenuhnya dan membuka lintasan sempadan Rafah.

Barhoum menggambarkan keputusan negara Arab bagi menghantar bantuan ke Gaza sebagai satu langkah yang lemah dan tidak mencukupi, sambil menambah langkah ini tidak akan menamatkan penderitaan rakyat Gaza dan tidak selari dengan deklarasi Arab sebelumnya yang mengklasifikasikan Gaza sebagai kawasan bencana.