
Khamis, 22-12-2022 – Anggota biro politik Hamas, Zaher Jabarin menegaskan bahawa Hamas terus berjuang secara berkesinambungan untuk membebaskan para tawanan dan menghancurkan tembok penjara zionis yang menjadi penghalang antara tawanan dan keluarga mereka.
Isu tawanan merupakan keutamaan perjuangan, segenap elemen Palestin bahu-membahu memperjuangkan kebebasan mereka.
Dalam siaran akhbarnya Jabarin menyatakan, urusan tawanan merupakan tanggung jawab seluruh rakyat Palestin, dengan seluruh parti dan cabangnya. Semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab moral dan nasional dengan menggunakan segenap potensi dan sarana untuk membebaskan mereka agar hidup mulia dan terhormat.
Kita tidak akan berdiam diri dan berpangku tangan melihat kejahatan tidak berprikemanusiaan Zionis terhadap para tawanaan. Jabarin menuntut tanggungjawab penjajah atas kematian tawanan, Nasher Abu Hamid akibat pembunuhan sengaja tanpa usaha merawat oleh pihak perubatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman