
Khamis, 22-12-2022 – Ahli Parlimen Ahmed Atoun menegaskan bahawa kematian tahanan Palestin Nasser Abu Hamid memberi amaran tentang bahaya melampau yang ditimbulkan ke atas tahanan Palestin yang sakit yang ditahan di penjara Israel.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Atoun berkata penjara Israel telah menjadi perkuburan bagi tahanan Palestin, dengan menyatakan bahawa kira-kira 233 banduan Palestin meninggal dunia di penjara Israel, 70 daripadanya akibat dasar pengabaian perubatan Israel.
Atoun turut berdukacita atas kematian banduan Abu Hamid dan mengucapkan takziah kepada keluarga syuhada dan menyeru pemimpin Palestin untuk berusaha membebaskan semua tahanan Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar