Categories
Berita Semasa

Zionis Serbu Bethlehem Tempur Dengan Pejuang Palestin

Khamis, 22-12-2022 – Pertempuran bersenjata berlaku pada subuh Selasa antara pejuang Palestin dan pasukan penjajah Israel (IOF) selepas mereka mengepung sebuah rumah di Bandar Bethlehem.

Menurut sumber tempatan, sebilangan besar tentera Israel menyerbu kawasan Wadi Maali di bandar itu dan mengepung sebuah rumah selepas menerima maklumat bahawa bekas tahanan yang dikehendaki bernama Ayyad al-Harimi, dari Gerakan Jihad Islam, berada di dalamnya.

Harimi berbalas tembakan dengan tentera Israel selepas mereka menuntutnya melalui speaker untuk menyerah diri.

Saksi berkata, tentera Israel menghujani rumah itu dengan peluru sebelum menyerbu, tetapi mereka gagal menangkap Harimi, yang berjaya melarikan diri dari rumah itu.

IOF turut menceroboh dan menggeledah beberapa rumah berhampiran di kawasan itu dan menculik lapan rakyat daripada keluarga Harimi.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen