Categories
Berita Semasa

Puluhan menderita akibat serangan gas pemedih mata di Abu Dis

Jumaat, 23-12-2022 – Puluhan warga Palestin menderita akibat terdedah kepada gas pemedih mata pada Rabu apabila tentera rejim menyerbu bandar Abu Dis, dan bertelingkah dengan pemuda tempatan dan menyerang kampus university al-Quds.

Menurut sumber tempatan, polis rejim secara rawak melepaskan tembakan gas pemedih mata dengan sengaja ke kampus Universiti al-Quds dan orang awam yang lalu Lalang di jalan berdekatan ketika pertelingkahan dengan sekumpulan pemuda di Abu Dis.

Di Nablus, tentera rejim zionis menyerbu kejiranan al-Hebla di kota lama, memecah masuk dan menggeledah rumah as-syahid Hani Owaijan, dan menyerbu kejiranan Ras al-Ein dan kawasan sekitar Gunung Gerizim, dengan tiada tangkapan dilaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati