
Jumaat, 23-12-2022 – Anggota biro politik Hamas, Maher Salah telah mengesahkan bahawa pergerakannya adalah rakan kongsi dalam perjuangan Palestin menentang pencerobohan rejim Israel di Tebing Barat, yang disifatkannya sebagai “simbol terhormat bagi penentangan yang semakin meningkat.”
Dalam temu bual yang dijalankan dengannya oleh saluran satelit al-Aqsa pada petang hari Selasa, Salah berkata bahawa misi Briged al-Qassam adalah untuk mempertahankan tapak suci Palestin dan membebaskan Palestin, menyeru semua orang untuk menyokong briged tersebut menentang pencerobohan Israel yang berterusan.
“Hamas telah menghadapi gelombang besar konspirasi dan percubaan untuk menamatkan kewujudannya dan mengeringkan sumber sokongannya untuk menghalang daripada kedudukannya, tetapi ia akan kekal berpegang kepada prinsipnya dan tidak akan pernah melepaskan program penentangannya,” katanya.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan