Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung atas kematian Adam Ayyad

Jumaat, 06-01-2023 – Gerakan Hamas berkabung atas kematian syahid Adam Ayyad, 16 tahun yang ditembak mati pada pagi Selasa oleh tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian al-Deheisha, Bethlehem.

“Rakyat kami, yang tabah menghadapi jenayah rejim akan terus berjuang mempertahankan tanah dan tempat suci, terutamanya Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa, serta mengembalikan hak sepenuhnya dan mencapai kebebasan juga kemerdekaan,” Hamas berkata pada Selasa.

“Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga syahid Ayyad, saudara-saudaranya dan mereka yang menyayanginya. Kami juga menyeru rakyat Palestin untuk tabah berjuang dan meningkatkan penentangan terhadap musuh kita zionis dan menyekat jalan-jalan yang digunakan oleh para pendatang dan pelampau zionis,” tambah Hamas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati