Categories
Berita Semasa

Serbuan Ben-Gvir ke al-Aqsa satu perkembangan yang berbahaya

Jumaat, 06-01-2023 – Liga Ahli Parlimen Al-Quds telah menegaskan bahawa serbuan Itamar Ben-Gvir ke dalam masjid al-Aqsa merupakan fasa berbahaya dalam percubaan Israel mengubah status quo Baitulmuqaddis.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, liga tersebut berkata bahawa pencerobohan yang merupakan sebahagian daripada rancangan Yahudisasi Israel di masjid Al-Aqsa akan membawa kepada peningkatan ketegangan di rantau itu, menjadikan Israel bertanggungjawab atas kesan mencemarkan tapak suci itu.

Liga tersebut juga menegaskan bahawa penodaan terhadap masjid Al-Aqsa ini adalah hasil daripada tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah Israel yang berulang-ulang melanggar semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan