Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Alami Kesukaran Bernafas Ketika Serangan Rejim Zionis di Jenin

Jumaat, 06-01-2023 – Puluhan rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan ketika serbuan oleh Rejim Zionis di barat laut bandar Jenin Tebing Barat pada petang Selasa.

Sumber setempat melaporkan bahawa tentera rejim melepaskan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin selepas menyerbu perkampungan Rummanah, sambil menambah bahawa pertempuran dilaporkan berlaku antara pemuda Palestin dan tentera rejim.

Dalam perkembangan berkaitan, askar rejim melepaskan bom gas pemedih mata dan bom tangan mengejut ke arah warga Palestin selepas menyerbu pintu masuk timur kem Aidah di utara bandar Bethlehem Tebing Barat, yang telah mencetuskan pertempuran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar