Isnin , 15/12/2008 –Menteri Tahanan dalam kerajaan sementara Mohammed Al-Ghoul pada Ahad lalu berkata keputusan mahkamah Israel bagi memperbaharui penahanan MP Dr Omar Abdul Razak selepas membebaskannya adalah keutamaan serius dan merupakan keputusan politik.
Dalam satu siaran akhbar beliau menyatakan mahkamah tentera Salem telah menjatuhkan hukuman kepada MP tersebut yang juga berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dalam PA kerajaan perpaduan kesepuluh, selama 26 bulan sebelum membebaskannya setelah dipenjara dalam tempoh lima bulan dan satu minggu.
Beliau menambah mahkamah Israel itu terbukti tunduk kepada arahan perisikan dan kembali mengenakan hukuman tambahan lima bulan disamping perlu membayar denda.