Categories
Berita Semasa

Briged Qassam terselamat dari cubaan bunuh rejim Zionis.

Selasa , 16/12/2008 –Sekumpulan pejuang Briged Al Qassam, sayap bersenjata Hamas, terselamat dalam satu serangan udara tentera Israel yang mencabuli perjanjian damai di timur Gaza, lewat hari Ahad.

Sumber tempatan memberitahu wartawan bahawa sebuah jet pejuang tanpa pemandu Israel menembak 2 peluru berpandu kearah lokasi tinjauan pejuang-pejuang Hamas, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber mengatakan bahawa pesawat tersebut menembak peluru berpandu pertama diikuti peluru berpandu kedua kemudiannya untuk memusnahkan kedudukan pejuang Hamas tetapi mereka Berjaya meninggalkan lokasi serangan dengan selamat.
Serangan Israel itu dilakukan 4 hari sebelum tamatnya perjanjian damai antara Israel dan pejuang-pejuang Palestin di genting Gaza. Perjanjian itu dijadualkan tamat pada 19/12.