Categories
Berita Semasa

Ratusan Hadiri Pengebumian Muntasher ash-Sawa di Nablus

Jumaat, 24-02-2023 – Ratusan rakyat Palestin menyertai perarakan pengebumian syahid Muntaser ash-Shawa di kem pelarian Balata, timur bandar Nablus di Tebing Barat pada hari Selasa.

Muntaser ash-Shawa, 16 tahun, disahkan meninggal dunia pada petang Isnin akibat kecederaan serius yang menimpanya dua minggu lalu ketika pertempuran dengan Rejim Zionis berhampiran Makam Joseph di kawasan timur Bandar Nablus.

Ibunya dan rakyat yang lain berarak dari luar Hospital Rafidia di Kota Nablus membawa jenazahnya, dan kemudian dipindahkan menaiki kenderaan ke kem Balata, di mana saudara-mara dan rakan-rakannya memberi penghormatan terakhir sebelum menunaikan solat jenazah
di masjid tempatan dan mengebumi jenazah di tanah perkuburan kem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar