Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menyerang 80 banduan ketika pemindahan dari penjara Ramon. 

Jumaat, 24-02-2023 – Situasi tegang timbul di penjara Ramon sejak pagi Selasa ketika pasukan rejim Zionis Israel menyerbu sel tahanan, menyerang tahanan Palestin dan memindahkan mereka ke lokasi rahsia.

Media saluran Palestin melaporkan situasi tegang di dalam penjara dan kesemua tahanan di letakkan dalam keadaan berwaspada.

Menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin, pasukan askar  khas dari unit penjara telah memindahkan seramai 80 tahanan dari penjara Ramon ke lokasi rahsia  setelah menyerbu sel di seksyen 3 dan menyerang tahanan dengan semburan lada.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul