Categories
Berita Semasa

178 Peneroka Cemari Al-Aqsa Dengan Kawalan Polis

Selasa, 28-02-2023 – Puluhan peneroka ekstremis Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dengan perlindungan polis yang ketat pada pagi dan petang Khamis.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 178 peneroka memasuki Masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya.

Ketika lawatan mereka di tapak suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah daripada para rabbi mengenai Temple Mount dan beberapa daripada mereka melakukan solat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar