
Jumaat, 24-02-2023 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa menyerahkan notis mengarahkan pemusnahan lima bangunan Palestin di timur kota Tubas, Tebing Barat atas alasan pembinaan tanpa kebenaran.
Aktivis hak asasi manusia Arif Daraghmeh berkata, IOA mengeluarkan arahan pemusnahan terhadap empat buah rumah yang masih dalam pembinaan di samping satu rumah mudah alih di kampung Al-Aqaba timur Tubas. Aktivis Daraghmeh berkata, empat rumah itu dimiliki oleh warga-warga Palestin Ahmad AbudlKarim, Amir Salih, Muhammed Dabak, dan Firas Dabak, manakala rumah mudah alih dimiliki oleh warga Palestin Yasin Talib.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati