Categories
Berita Semasa

Abu Marzouq: Hamas akan terus menentang rejim Israel

Selasa, 07-03-2023 – Ahli biro politik Hamas dan ketua pejabat hubungan antarabangsa, Mousa Abu Marzouq, berkata yang strategi Gerakan Hamas adalah berdasarkan penentangan terhadap rejim Israel, bukannya perdamaian dengan Israel.

“Rakyat Palestin sedang menuju penentangan menyeluruh yang akan mencetuskan Intifada baru,” Abu Marzouq berkata dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh laman sesawang Hamas pada petang Ahad, dan menambah yang Gerakan itu berhadapan dengan jenayah Israel serta mempertahankan tanah Palestin dan tempat-tempat sucinya dengan penentangan bersenjata.

Abu Marzouq menyelar penyertaan pihak berkuasa Palestin (PA) dalam mesyuarat keselamatan di bandar Aqaba, Jordan dengan kehadiran wakil-wakil Israel, dan menyeru PA agar menghentikan penyelarasan keselamatan dengan Israel yang mana sepatutnya penyelarasan dilakukan dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati