
Selasa, 07-03-2023 – Dua serangan tembak-menembak pada hari Isnin, berhampiran dengan bandar Jericho, mengakibatkan seorang peneroka haram Yahudi terbunuh manakala empat lagi cedera.
Dalam satu operasi penentangan penjajahan rejim Zionis, seorang pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah kereta peneroka dan mengakibatkan seorang peneroka yahudi cedera parah.
Media Yahudi melaporkan dia telah dibawa ke hospital dalam keadaaan kritikal dan mati setibanya di hospital.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul