72 Warga Syahid Sejak Januari di Tebing Barat Termasuk 13 Kanak-kanak dan Seorang Wanita

Isnin, 13-03-2023 – Sejak awal tahun 2023, jumlah warga Palestin yang syahid di Tebing Barat telah meningkat menjadi 72 orang, termasuk 45 orang dari daerah Nablus dan Jenin.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa 13 kanak-kanak dan seorang wanita Palestin syahid setelah ditembak oleh pasukan penjajah Zionis Israel sejak awal tahun 2023.

Daerah Jenin berada di kedudukan teratas jumlah warga yang syahid dengan jumlah 27 orang, disusuli daerah Nablus sebanyak 18 orang.

Sebanyak 7 warga syahid dari daerah Hebron, 6 dari Al-Quds, 5 dari Jericho dan Lembah Jordan, 3 dari Qalqilya, dua dari Ramallah dan daerah Al-Bireh, dua dari Bethlehem, satu dari Salfit dan satu lagi dari Tubas.

Sepanjang tahun 2022 lalu, sumber berita di lapangan mendokumentasikan kes kematian 176 warga Palestin akibat kekerasan yang dilakukan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi. Di antara mangsa terkorban termasuk 45 kanak-kanak, 7 wanita dan 4 orang lanjut usia.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman