Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk keganasan terkini rejim Zionis

Isnin, 22-05-2023 – Pada Rabu lepas, Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya penahanan dan kempen pengusiran yang dilancarkan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin sebelum perarakan bendera bagi menyelamatkan perarakan pendatang Yahudi.

“Kami menegaskan, perarakan yang bertujuan untuk menyerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis tidak akan menjadikan Israel berhak ke atas ibu negara Palestin itu,” jurucakap Hamasuntuk Baitulmuqaddis berkata.

Sekatan dan polisi keganasan Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan menjejaskan kesungguhan rakyat Palestin untuk mempertahankan Baitulmuqaddis dan MasjidAqsa, tambah beliau.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati