Categories
Berita Semasa

114 peneroka haram mencemari masjid al-Aqsa. 

Isnin, 22-05-2023 – Gerombolan ekstrimis peneroka haram Yahudi mencemari Masjid al-Aqsa di kawasan Jeruslam yang dijajah di bawah perlindungan ketat polis pada pagi dan petang hari Rabu lepas.

Menurut sumber dari laman portal berita al-Qastal , seramai 114 peneroka haram memasuki Masjid dalam kumpulan berbeza melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawasan perkarangan Masjid.

Ketika pencerobohan berlaku di kawasan suci Islam, peneroka haram menerima penerangan dari rabbi yang kononnya kawasan kuil di tempat berikut dan beberapa dari mereka melakukan provokasi dengan menjalankan ibadah Talmudik di beberapa tempat di timur Masjid al-Aqsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul