
Khamis, 25-05-2023 – Pemimpin Gerakan Hamas, Hussein Abu Kwaik, berkabung atas kematian tiga orang pemuda Palestin yang dibunuh hari ini di timur Nablus, dan menekankan yang darah para syuhada Palestin akan membuka jalan menuju kebebasan.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, Abu Kwaik menekankan yang pembunuhan para pemuda Palestin tidak akan melemahkan keazaman rakyat Palestin, dan menambah bahawa rakyat Palestin dan para pejuang akan terus mempertahankan tanah mereka sehingga dibebaskan sepenuhnya.
Pada subuh, tiga pemuda Palestin dibunuh oleh tentera rejim zionis (IOF) setelah IOF menyerbu kem pelarian Balata di timur Nablus.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati