
Khamis, 25-05-2023 – Ahli Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel pada Subuh Isnin di Nablus dan mengakibatkan tiga pejuang kemerdekaan syahid akan disabitkan dengan jenayah rejim Zionis Israel.
Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Abu Marzouk menyatakan bahawa perbuatan keji tersebut belaku sehari selepas Menteri fahaman ekstremis Itamar Ben Gvir mencemarkan Masjid al -Aqsa dan mesyuarat kabinet yang dijalankan di dalam terowong di bawah Masjid dan jelas terdapat perancangan Zionis dalam menutup isu perjuangan Palestin mengenai tanah suci dan perjuangan di Tebing Barat.
Ahli Hamas menyeru untuk bertindak ke atas jenayah Israel dalam semua bentuk perjuangan di dalam dan luar negeri untuk menghentikan penjajahan dan menghalang semua bentuk jenayah terhadap perjuangan Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul