Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel Menyerbu Timur Nablus dan Dihalang Para Pemuda Palestin

Khamis, 17-08-2023 – Pasukan penjajah Zionis Israel, pada Selasa (15/8/2023) malam menyerbu wilayah timur kota Nablus di Tebing Barat yang dijajah. Para pemuda pejuang Palestin membakar tayar di wilayah timur Nablus sebagai usaha menghalang serbuan pasukan Israel.

Pasukan penjajah Zionis menghantar bala tentera militan yang besar ke sekitar Nablus untuk mengawal serbuan ke Makam Yusuf oleh para penduduk pendatang Yahudi sebelum serbuan sebenarnya dimulakan.

Sumber tempatan mengatakan, aksi serbuan tersebut disertai dengan tembakan senjata berat dari pasukan penjajah Zionis sementara para pemuda Palestin menggunakan bom buatan tempatan ketika terjadinya pertempuran antara kedua-dua belah pihak.

Brigade Al-Quds-Batalyon Nablus mengumumkan bahawa para mujahidinnya mensasarkan pasukan penjajah Zionis dan kenderaan mereka sepanjang serbuan mereka di wilayah timur dan sekitar Makam Yusuf dengan peluru tajam dan alat peledak.

Pasukan penjajah Zionis sebelumnya menutup pos pemeriksaan militan Beit Furik di sebelah timur Nablus sebagai persiapan untuk serbuan Makam Yusuf oleh para penduduk pendatang Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman