Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di Tebing Barat berhimpun menyokong mogok lapar

Khamis, 17-08-2023 – Pada Selasa, berpuluh-puluh warga Palestin mengambil bahagian dalam himpunan di pusat bandar Tebing Barat, Jenin, sebagai tanda solidariti dengan tahanan pentadbiran yang mogok lapar di dalam penjara Israel.

Sumber tempatan melaporkan bahawa peserta-peserta himpunan menyanyikan slogan-slogan untuk menyokong tahanan-tahanan yang mogok lapar, mengangkat gambar mereka, dan menyeru agar dasar tahanan pentadbiran diakhiri.

Sementara itu, warga Palestin turut mengambil bahagian dalam himpunan di pusat bandar Nablus selepas Jawatankuasa Kebangsaan untuk Menyokong Tahanan-tahanan di Wilayah Nablus mengulangi seruan untuk menganjurkan himpunan sebagai protes terhadap dasar tahanan pentadbiran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin