
Selasa, 24-10-2023 – Pejabat berita pemerintah Palestin menyebutkan bahawa penjajah Zionis dengan sengaja memusnahkan bangunan tempat tinggal, prasarana dan kemudahan awam di Semenanjung Gaza dengan skala besar.
Ketua Pejabat media Otoriti Paleastin, Salama Maarouf menjelaskan dalam pernyataannya hari ini, Ahad bahawa 50% penempatan di Semenanjung Gaza musnah seluruhnya atau sebahagian akibat intensiti pengeboman dan sasaran seluruh kawasan penempatan Palestin dengan ribuan tan bom berkuasa ledakan tinggi.
Beliau memberi contoh kerosakan yang pelbagai tercatat di lebih dari 165,000 unit rumah.Hampir 20,000 unit rumah musnah keseluruhannya atau tidak layak huni.Beliau menyataakan bahawa 70% penduduk Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di lebih dari 220 pusat pelindungan atau tempat awam yang dimanfaatkan untuk menampung orang ramai yang ingin mendapatkan perlindungan.
Beliau menekankan bahawa bencana kemanusiaan ini terjadi di depan mata dan telinga seluruh dunia tanpa ada yang melakukan apa-apa tindakan untuk menghentikan serangan brutal dan kejahatan genosid terhadap rakyat palestin. Tiada seruan bantuan dan menamatkan kejahatan tersebut yang sepatutnya dilakukan sebagai tindakan kolektif bagi menghadapi bencana kemanusiaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip