
Selasa, 24-10-2023 – Khaled Meshaal, Presiden Gerakan Hamas di luar negara, mendesak dunia untuk memberikan sokongan lebih banyak bagi mempertahankan Gaza dan untuk memperkuatkan pertentangan, seraya menggesa untuk memperkukuhkan sikap Arab agar menjadi lebih padu dan kukuh.
Meshaal berkata dalam wawancara televisyen pada malam Ahad: Kami ingin lebih banyak dari seluruh dunia untuk mempertahankan Gaza dan perlawanan, dan berdiri bersama kami dengan segala kekuatan serta mengajak semua orang untuk memperkukuhkan pendirian rasmi Arab agar menjadi padu dan kuat.
Beliau juga memberi harapan kepada ummah dengan berkata: Ummah kita di seluruh dunia, apabila kamu menang untuk Palestin, kamu sebenarnya menang untuk diri sendiri dalam pertempuran yang merupakan kebanggaan dan keagungan.
Beliau mengajak kepada gerakan politik di dalam dunia Arab dan Islam, serta bersama semua orang yang merdeka untuk mempertahankan Baitul Maqdis, Masjidil Aqsa, dan Gaza.”
Mashal berkata: Kami bercakap dari posisi yang pasti dan yakin bahawa Allah akan menolong kami. Kami telah berdiri kukuh dalam 5 peperangan terdahulu dan membalas tipu daya musuh kembali ke batang leher mereka sendiri.
Beliau menyatakan bahawa musuh ini, yang ditakuti negara dan tentera, telah berjaya dikalahkan dengan pertentangan dan dihancurkan kemegahannya.
Beliau bertanya: Di mana kita dalam pemandangan agung ini dan tanggungjawab yang besar, di mana kita apabila Allah bertanya kepada kita, “Apa yang kamu lakukan untuk membantu Gaza, wanita-wanitanya, orang tuanya, dan keluarganya?”
Beliau menekankan bahawa Al-Aqsa adalah masjid kita bersama, kiblat Nabi kita, identiti dan kebanggaan kita. Tanpa Al-Aqsa, umat ini akan kehilangan nilai.
Beliau kembali bertanya: Haruskah kita menunggu sehingga Al-Aqsa dirobohkan dan dihancurkan? Haruskah kamu menunggu nasib Al-Aqsa seperti masjid, hospital, dan gereja di Gaza yang dirobohkan?
Pemimpin Palestin menunjukkan bahawa musuh telah mendapat lampu hijau dari Amerika dan beberapa negara Barat, beliau berkata: Mereka berkumpul untuk memberikan sokongan terbuka kepada musuh untuk menghancurkan Gaza, ini adalah politik bumi terbakar, pemusnahan menyeluruh, dan politik pengusiran.
Beliau memperingatkan bahawa dunia melihat dengan mata buta terhadap kepentingan Zionis, mereka beranggapan bahawa mereka mampu untuk menindas perjuangan, menindas Hamas, dan menghancurkan wilayah Gaza, serta memecahkan kawasan yang didiami rakyat agung.
Beliau menekankan bahawa ini adalah pertempuran yang bermula dengan Al-Aqsa, diikuti oleh kemenangan Gaza, kemudian kita menyaksikan balasan Zionis terhadap penduduk Gaza, kemudian Amerika muncul memimpin peperangan, dan Presiden Amerika datang untuk menyokong penjajah dan memberikan mereka berbilion-bilion dan senjata untuk menghancurkan Gaza.”
“Beliau berkata: Amerika kini memimpin pertempuran dan merancang untuk mencapai matlamatnya dengan menindas Hamas dan membongkar struktur penduduk Gaza, dan jika mereka berjaya sepertimana mereka harapkan, mereka akan mengamalkan dominasi mereka ke atas kawasan ini, tetapi di manakah mereka dari ummah besar ini?
Beliau menekankan bahawa Gaza kini menderita dengan kemusnahan, kelaparan, dan cubaan pengusiran, sedang melalui pertempuran global dengan entiti yang disokong oleh Amerika dan kekuatan Barat.
Beliau menggesa media untuk menyampaikan gambaran yang jelas dan menolak mesej palsu daripada media Zionis yang tercemar.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Razisatul