Categories
Berita Semasa

Omar Hamza meninggal dunia dalam keadaan misteri di Rejim Zionis

Khamis, 26-10-2023 Omar Hamza Hassan Daraghmeh, berumur 58 tahun, meninggal dunia di penjara Megiddo pada malam Isnin dalam keadaan yang misteri. Omar adalah rakyat Palestin yang menjadi tahanan pentadbiran.¹

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan bersama Persatuan Banduan Palestin dalam kenyataan bersama mengatakan bahawa tentera Israel menahan Daraghmeh bersama dengan anaknya, Hamza, pada 9 Oktober, dan menempatkan mereka di bawah tahanan pentadbiran selama enam bulan.

Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa sesi mahkamah diadakan untuk Daraghmeh lebih awal hari ini melalui video konferens di Mahkamah Tentera Ofer, dengan kehadiran peguamnya, Ashraf Abu Sneineh, yang bertanya tentang keadaan kesihatan beliau dan beliau menjawab bahawa beliau dalam keadaan sihat.

Kenyataan itu menegaskan bahawa naratif Israel mengenai keadaan kematian beliau adalah dan akan kekal dipertikaikan.

Kenyataan bersama itu menegaskan tentera Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas jenayah itu, yang bermula dengan penahanan pentadbiran Daraghmeh tanpa tuduhan, di bawah alasan “fail rahsia.”

Beberapa banduan yang baru-baru ini ditahan mengesahkan bahawa mereka dikenakan penderaan dan dibelasah teruk.

Angkatan Hamas meratapi kematian Omar Daraghmeh, menyalahkan tentera Israel atas pembunuhan beliau.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Sofia