Categories
Berita Semasa

2 lagi tahanan rejim Zionis oleh Qassam atas sebab kemanusiaan.

Khamis, 26-10-2023 Briged Al-Qassam telah membebaskan dua orang lagi tahanan wanita setelah proses rundingan dijalankan oleh Qatari dan Mesir, walaupun Israel sebelum ini menolak usul berkenaan.

“Dengan bantuan Mesir dan Qatar selaku perantara, kami melepaskan dua tahanan atas sebab-sebab kemanusiaan, biarpun pihak musuh sebelum ini menolak rundingan berkenaan,” kata Abu Obeida, jurucakap Briged Al-Qassam, dalam kenyataan di rangkaianTelegram. Pasangan berkenaan tuirut disahkan sebagai Nurit Yitzhak berusia 79 tahun dan Yocheved Lifshitz berusia 85 tahun.

Abu Obeida menambah bahawa pembebasan dua tahanan tersebut adalah atas “sebab-sebab kemanusiaan dan perubatan yang mendesak, walaupun pihak Israel melakukan lebih dari lapan pelanggaran prosedur (dalam proses berkenaan).”

“Telah dipersetujui bersama dengan perantara bahawa pihak Israel akan mematuhi prosedur semasa penyerahan dua tahanan itu, tetapi ia [Israel] melanggarnya,” katanya, tanpa menjelaskan syarat-syaratnya.

Pembebasan pasangan berkenaan berlaku beberapa hari selepas penglibatan Qatar sebagai pengantara yang berhasil membebaskan dua tahanan Amerika, yang dikenal pasti sebagai Judith Raanan dan Natalie Raanan—pasangan ibu dan anak perempuan.

Pada Jumaat yang lalu, Abu Obeida memberitahu Qatar bahawa Al-Qassam sedia untuk melepaskan dua tahanan wanita tambahan “atas sebab-sebab kemanusiaan,” tetapi tindakan itu ditolak oleh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul