
Isnin, 30-10-2023 Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva berkata pada hari Rabu bahawa apa yang berlaku di Semenanjung Gaza merupakan satu pembasmian kaum.
“Ia bukan peperangan; ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang telah membunuh hampir 2 ribu kanak-kanak yang tiada kaitan dengan perang ini; mereka adalah mangsa peperangan. Dan terus terang, saya tidak tahu bagaimana seorang manusia mampu berperang walaupun mengetahui bahawa akibat daripada peperangan itu adalah kematian kanak-kanak yang tidak berdosa,” isytiharnya.
Tambahnya, “Apa yang sedang berlaku di Timur Tengah pada masa ini adalah serius, dan ia bukan soal membincangkan siapa yang betul atau siapa yang salah, siapa yang melepaskan tembakan pertama dan siapa yang melepaskan tembakan kedua,”.
Bagi pihak Sepanyol pula, Pemangku Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Pellara telah menyeru negara-negara Eropah untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan mengenakan sekatan senjata serta sekatan ekonomi ke atas mereka.
Pellara berkata dalam catatan blog di aplikasi X, “Mari kita bertindak. Ia masih boleh menghentikan genosid ini,” merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Semenanjung Gaza.
Beliau menyeru negara-negara Eropah untuk mengambil tindakan terhadap Israel, iaitu memutuskan hubungan diplomatik dengan mereka dan mengenakan sekatan ekonomi secara tegas.
Pellara menggesa agar sekatan senjata dilakukan dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta semua pemimpin politik lain yang mengebom orang awam dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah