
Khamis, 02-11-2023 Pada pagi Isnin lepas, pejuang penentang Palestin telah menggagalkan pencerobohan beberapa kereta kebal dan jentolak berperisai rejim Zionis di timur Gaza, iaitu di Jalan Salahuddin di selatan Gaza City.
Menurut sumber tempatan yang memaklumkan kepada wartawan Palestinian Information Center (PIC), rejim Zionis mara daripada kawasan pertanian yang terletak kira-kira 3km daripada pagar sempadan di timur Gaza menghala ke Jalan Salahuddin. Pejuang Palestin menyerang mereka dengan sengit menggunakan peluru berpandu sehingga memaksa mereka berundur dengan bantuan persenjataan udara. Ini mengesahkan bahawa rejim Zionis tidak dapat berada di lokasi tersebut melebihi 10 minit sebelum disekat dan diserang oleh pejuang Palestin.
Dalam masa yang sama, Pejabat Media Kerajaan Palestin menegaskan bahawa tiada pencerobohan dan kehadiran rejim Zionis di kawasan kediaman penduduk mahupun di jalan-jalan Semenanjung Gaza, sambil menggambarkan dakwaan rejim Zionis sebagai penipuan.
Berkenaan insiden di Jalan Salahuddin, Pihak Pejabat Media mengesahkan bahawa ia hanyalah percubaan rejim Zionis untuk menceroboh selepas mara daripada kawasan pertanian di Juhor ad-Dik. Pihak rejim telah mengebom 2 kenderaan orang awam di jalan tersebut dan melaksanakan operasi jentolak sebelum pejuang Palestin muncul melawan dan memaksa mereka berundur.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman