Categories
Berita Semasa

Pihak Pertahanan Gaza Meneruskan Serangan Peluru Berpandu Dan Pertempuran Di Beberapa Bahagian Dalam Menangkis  Pencerobohan Zionis

Khamis, 02-11-2023 Pertahanan Palestin terus memperbaharui serangan peluru berpandunya terhadap pencerobohan Zionis dan kumpulan tenteranya, ketika Pertempuran Taufan Al-Aqsa memasuki hari ke-24 berturut-turut hari ini. Mereka terus berhadapan dengan pasukan musuh yang cuba menembusi pinggir Semenanjung Gaza dari segenap arah.

 Dalam peristiwa malam ini, Briged Qassam telah berjaya menyasarkan dua pengeboman di Tel Aviv sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai orang awam Gaza. 

Media Ibrani (Rejim Zionis) turut melaporkan bahawa sebuah rumah di Rishon LeZion telah terkena peluru berpandu yang berada di tengah bumi Palestin yang dirampas.

Briged Al-Qassam turut mengumumkan – pada petang Isnin yang lalu- bahawa mujahidinnya berjaya mengejutkan tentera musuh dengan menembusi barat laut Beit Lahia dan menyerang mereka dengan roket dan mesin gun “Al-Yassin 105” yang ditembak oleh penembak tepat.

Mereka juga mengumumkan kejayaan  pengeboman beberapa kenderaan tentera di barat laut Beit Lahia menggunakan peluru mortar. 

Dalam sidang itu beliau juga menegaskan pengeboman Beersheba iaitu tanah yang dirampas dengan peluru berpandu Salvo dan serangan-serangan lain adalah sebagai tindak balas terhadap sasaran Zionis yang dibuat keatas orang awam. 

Briged Al-Qassam juga menyenaraikan kejayaan mereka antaranya melakukan serangan ke atas Ashdod menggunakan peluru berpandu, tembakan peluru “berdebu” ke arah dron Zionis yang berada di udara wilayah tengah, serangan peluru berpandu ke arah Netfot di Negev barat, serangan ke atas Kibbutz “Nirim” dengan peluru mortar, dan pengeboman tapak tentera “Mars” dengan peluru mortar.

Briged Al-Quds,  yang merupakan sayap tentera Gerakan Jihad Islam, berkata bahawa pejuangnya hari ini berjaya menangkap pasukan berperisai musuh (Israel) dalam serangan hendap yang dilakukan di timur kejiranan Zaytoun di Gharra, sekaligus mengakibatkan peningkatan angka korban dalam kalangan penjajah haram Zionis.

Kenyataan oleh Briged Al-Quds itu menegaskan lagi, “Mujahidin kami turut memerangkap pasukan  berperisai musuh dalam serangan hendap di timur Olive,” dengan menyatakan bahawa terdapat korban dalam kalangan pasukan itu, tanpa butiran lanjut. 

Mereka terus melaporkan bahawa pejuangnya terlibat dalam pertempuran yang sengit untuk menghalau dan menghalang tentera yang menyerang tenggara kejiranan Al-Zaytoun.

Sementara itu, pertahanan (Gaza) terus menghadapi percubaan pencerobohan Israel lebih daripada satu arah di Semenanjung Gaza.

Briged Al-Qassam terus berjaya menyasarkan kapal pengangkut tentera Zionis yang menembusi timur kejiranan Al-Zaytoun dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.

 Sumber tempatan turut mengesahkan bahawa pertahanan (Al-Qassam) berhadapan dengan kenderaan (tentera musuh) yang berjaya menembusi Jalan Salah al-Din dan memaksa mereka berundur.

Sebagai fakta, sejak bermulanya Pertempuran Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober, 2,000 orang Israel (askar dan penjajah haram) telah terbunuh, ditangkap, atau hilang tanpa dikesan, dan lebih daripada 5,600 cedera, termasuk 1,200 tentera cedera parah.

Briged Al-Qassam juga setakat ini dapat menawan sepenuhnya bahagian Gaza yang telah dirampas oleh tentera, dan ratusan ribu peneroka haram Israel telah dipindahkan dari bumi Gaza manakala ribuan lagi melarikan diri melalui lapangan terbang, di mana hal ini memberi tekanan kepada ekonomi Israel.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi