Categories
Berita Semasa

Seorang Warga Emas Dan Kanak-kanak Palestin Terbunuh Dalam Serbuan Oleh Rejim Zionis Di Tebing Barat

Khamis, 02-11-2023 – Dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh berikutan serangan di Tebing Barat pada pagi Selasa.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Muhammad Abdel Qader Kharaz, yang berusia 14 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan kritikal yang diterimanya dalam serangan oleh Rejim Zionis di bandar Zawata, Nablus. Seorang lelaki berusia 70 tahun bernama Rawhi Rashid Sawafta juga terbunuh selepas ditembak di muka semasa serangan Rejim Zionis di kawasan Tubas.

Selain itu, tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan dalam serangan Tubas, dua di antaranya dalam keadaan kritikal. Angka kematian rakyat Palestin di Tebing Barat telah mencapai angka 123, sementara hampir 1,950 lainnya mengalami kecederaan sejak 7 Oktober lalu dalam insiden-insiden serupa yang melibatkan konflik di kawasan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul