
Khamis, 02-11-2023 – Menteri Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 8,525 warga Palestin, yang terdiri daripada 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita, telah terkorban dalam insiden serangan pihak Israel yang masih berlangsung sejak 7 Oktober. Sebanyak 21,543 warga Palestin yang lain telah mengalami kecederaan.
Ashraf al-Qudra, yang bertindak sebagai jurucakap untuk Kementerian Kesihatan Palestin, mengesahkan bahawa 18 serangan pembunuhan besar-besaran telah dilakukan di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lalu, menyebabkan 216 lagi terbunuh.
Sebanyak 926 serangan telah dilakukan di Semenanjung Gaza, ujar beliau lagi, yang mana menyaksikan beribu-ribu korban syahid. 2,000 orang lagi masih terperangkap di bawah runtuhan, termasuk 1,100 kanak-kanak.
Beliau menekankan bahawa terdapat 15 hospital dan 32 pusat penjagaan utama tidak dapat digunakan, malah 25 buah ambulan telah musnah dalam letupan bom. Para petugas kesihatan seramai 130 orang juga terkorban di dalam beberapa siri serangan.
Al-Qudra memberitahu bahawa penaklukan Israeli mengancam keselamatan Turkish-Palestinian Friendship Hospital. Recep Erdogan, Presiden Turki melarang keras sebarang ancaman atau pemusnahan ke atas mercu tanda kemanusiaan Turki di Semenanjung Gaza.
Jet-jet pengebom Israeli juga berulangkali mensasarkan kawasan Al-Quds Hospital dan Indonesian Hospital, menurut Al-Qudra lagi.
Beliau merayu agar kerajaan Mesir membuka laluan Rafah bagi membenarkan kemasukan pasukan dan keperluan perubatan serta bekalan petrol.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida